Monday 4 April 2016

MENGENAI KAMI

1Kedai Dotcom adalah perniagaan milik penuh Satu Kedai Resources Sdn Bhd. Nombor pendaftaran perniagaan: 001994010-W
Tel Hotline: 010-201 2001
Linkedin siapakami
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera dari 1Kedai dotcom.
Alhamdulillah, 2016 genap 7 tahun 1Kedai Resources Sdn Bhd melalui www.1kedaidesign.com beroperasi dan milik penuh bumiputera. Pada permulaanya 1Kedai sebuah perniagaan berlatar belakangkan tentang design dan teknologi gajet.
 Facade Kedai
Kami di 1Kedai Dotcom mempunyai pengalaman lebih dari 20 tahun dalam industri rekabentuk (exhibition & interior design). Menimba pengalaman dalam beberapa firma konsultan rekabentuk terkemuka di Kuala Lumpur sejak 1992. Mendalami beberapa perisian / aplikasi grafik 3D dan 2D dengan dibekalkan idea kreatif yang berkonsepkan radikal.
20yearexperience
1Kedaidesign Dotcom dilancarkan untuk menampung kepadatan produk niaga dari www.1kedai.com yang semakin sibuk. Selama 6 tahun menjalankan perniagaan atas talian sebelumnya, kami pelajari bahawa bukan sahaja produk gajet boleh dipasarkan, malahan produk perkhidmatan juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan.
 LTDL
Membekalkan bahan cetakan seperti kain rentang (banner), bunting, pentas backdrop, poster untuk acara tahunan lumba basikal berprestij Le Tour De Langkawi 2014 dan 2016 anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Thailand Mihas
Menang Anugerah rekabentuk pavillion terbaik dalam pameran tahunan MIHAS 2016 Halal Showcase di KLCC Convention Center. Pavilion bersaiz 12 X 14.5 meter (custom built) direkabentuk khas untuk Kerajaan Thailand yang memuatkan 20 agensi dengan pusat informasi dan direktori jualan.
Langkawi
Memenangi rekabentuk dan binaan terbaik bagi booth berbajet rendah. Klien: Langkawi Geopark Global UNESCO bersaiz 6 X 6 meter anjuran Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya.
 Cetak
Tagline bisnes kami: "Bandingkan Harga Kami ! ". Kami sedar bahawa kos mempromosi bisnes kini bukan murah. Jadi kami tawarkan jalan keluar alternatif yang 'low budget ' bagi membolehkan peniaga-peniaga baru terutamanya menjalankan kempen perniagaan mereka.

KAMI DESIGN . KAMI PRINT . KAMI BINA . KAMI JUAL . KAMI PASARKAN . BANDINGKAN HARGA KAMI !.

No comments:

Post a Comment